MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI

MONAVIE berfungsi utk

1. Mencegah

2. Merawat

3. Menyembuh

Sabtu, 16 Julai 2011

ADAKAH TRDAPAT KESAN SAMPINGAN MONAVIE???

  1. Monavie mengandungi jus buah acai dan buah-buahan lain yang terpilih.
  2. Sepengetahuan saya tiada sebarang kesan sampingan sekiranya minum produk Monavie at least Monavie Original – purple).
  3. Terdapat dua tahap yang akan terjadi apabila kita mengambil produk ini.
  4. Tahap pertama ialah “cell healing”. Kebiasaannya berlaku pada hari pertama / minggu pertama. Ini hanya terjadi sekiranya terdapat sebarang penyakit yang dihadapi oleh individu tersebut.
  5. Tahap kedua ialah “cell repair”. Proses ini boleh mengambil masa sehingga 1-3 bulan, bergantung kepada situasi individu tersebut.
  6. W’bagaimanapun, sekiranya individu tersebut memang ada alergi kepada mana-mana buah di dalam produk Monavie tersebut, mungkin ada kesan sampingan yang menyebabkan tidak sesuai diminum.
  7. Oleh itu sedekahlah kepada mereka yang lebih memerlukan. At least dapat pahala sekiranya ikhlas.


  8. Proses Detoksifikasi????

    Anda tentu pernah mendengar proses detoksifikasi sebelum ini, tetapi adakah anda mengetahui apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan proses detoksifikasi ini??? dan apa kaitannya monavie dengan proses detoksifikasi ini??

    Detoksifikasi ini adalah satu proses penyingkiran himpunan toksid yang terkumpul di dalam tubuh badan terutamanya di hati, ginjal, darah dan sistem limfotik.
    sekarang anda sudah mengetahui apa yang dimaksudkan dengan detoksifikasi tetapi tertanya-tanya apa kaitannya dengan jus monavie ini.??


    Monavie merupakan agen detoksifikasi yang berfungsi untuk menyingkirkan toksid di dalam badan manusia.
    Secara fitrahnya, tubuh manusia mempunyai kekuatan dalaman yang mampu mengawal kesihatan diri, tetapi mekanisme ini tidak akan berfungsi apabila tubuh anda telah dilonggokkan dengan terlalu banyak himpunan toksid. Keadaan menjadi semakin serius apabila toksid ini tidak dapat dikeluarkan dengan sempurna dan badan juga tidak mendapat zat nutrien yang secukupnya (40 jenis nutrien).

    Kehadiran toksid inilah yang menyebabkan gejala seperti:

    *
    mudah letih
    *mengantuk
    *sembelit
    *darah tinggi
    *gula dalam darah
    *serangan jantung
    *sakit-sakit sendi
    *kegemuruhan
    *kebimbangan
    *cepat marah
    *kegagalan buah pinggang

PROGRAM DETOKSIFIKASI

Program ini bertujuan untuk memantapkan kesihatan dengan permbersihan tubuh daripada toksid disamping menyediakan zat makanan yang diperlukan melalui pengambilan herba ubatan. Bila sesuatu sel dipenuhi dengan toksid, ia akan menjadi lemah dan tidak berupaya mengeluarkan toksid dan bahan buangan. Oleh itu proses pembersihan ini akan meningkatkan keupayaan tersebut.


SEL+ TOKSID YANG PENUH = LEMAH DAN TIDAK MAMPU KELUARKAN TOKSID

OLEH ITU PROSES PEMBERSIHAN DIPERLUKAN.


1. Detoksifikasi Hati

Hati merupakan organ terbesar pada tubuh dan sudah tentu ia mempunyai banyak fungsi penting untuk kesihatan badan. Setiap fungsi hati saling berkaitan diantara satu sama lain, jika satu fungsinya terganggu, ia akan menjejaskan sistem tubuh yang lain dan kegagalan fungsi hati akan mengakibatkan pelbagai komplikasi atau kesan buruk.


2. Detoksifikasi Kolon (Usus)
Amat penting bagi kita memberi perhatian kepada penjagaan usus. Usus besar yang sihat akan menghapuskan toksid yang terhasil dan dapat dikeluarkan dengan secepat mungkin. Jika tidak dikeluarkan segera, ia akan menyerap ke dalam sistem edaran darah dan seterusnya disimpan di dalam badan. Proses ini dipanggil autointoksikasi.


3. Detoksifikasi Ginjal
Setiap gangguan atau "over-work" pada ginjal akan mengakibatkan ginjal terganggu fungsinya. Salah satunya ialah berlaku peradangan pada glomeruli. Ini menyebabkan aliran darah ke ginjal sebagai alat penyaring sisa toksid yang membahayakan tubuh menurun sehingga 50%. Pembuangan air kecil akan berkurangan sehingga separuh daripada pengeluaran normal.

4. Detoksifikasi Darah

Manusia umumnya mempunyai lebih kurang 5 liter darah, tetapi isipadunya bergantung kepada faktor umur, jantina, bangsa, diet, ketinggian dan berat badan. Darah mengangkut oksigen kepada tisu-tisu badan dan mengangkut keluar bahan buangan.

OMEGA-3 berperanan meningkatkan sistem imuniti tubuh. Ia juga digunakan dengan efektif untuk masalah Irritable Bowel Syndrom (IBS) seperti spastic colon dan mukos colitis termasuklah masalah skencin. OMEGA-3 dan serat secara bersama mewujudkan keadaan baik pada bowel. Ia juga akan meningkatkan fungsi sistem imuniti.

Kandungan EPA yang terdapat dalam OMEGA-3 akan bertindak ke atas himpunan lemak yang terdapat di saluran arteri. Arteri dibersihkan dan seseorang itu akan terhindar daripada arteriosclorosis dan tidak perlu menjalani pembedahan coronary bypass bagi membaiki sistem peredaran darah. OMEGA-3 juga berperanan untuk mencairkan darah dan dengan itu peredaran darah akan menjadi lebih lancar.


5. Detoksifikasi Sistem Limfotik

Sistem limfotik adalah mekanisme imunisasi yang penting dalam tubuh di mana pembuluh dan nodus limfa membentuk jaringan unik ini. Nodus limfa tersusun secara berkelompok di sekeliling tubuh, termasuk bahagian leher, ketiak dan groin. Tanpa sistem limfa, kita tidak mampu bertahan lama. Sisa buangan dalam tubuh yang tidak dapat disingkirkan akan menimbun dan seterusnya menyebabkan komplikasi dan kematian.


Tanda-Tanda Detoksifikasi

Tanda-tanda ini menunjukkan keberkesanan jus Monavie melakukan proses detoksifikasi. Ia bukan kesan sampingan tetapi merupakan proses kesembuhan sedang bermula dan jus Monavie sedang melakukan proses penyingkiran toksid. Tanda-tanda ini tidak lama jika kita terus menggunakan jus Monavie dan ingatlah bahawa pengubatan yang tidak dimulai dengan proses detoksifikasi sukar untuk disembuhkan.

Sakit kepala terutama di bahagian belakang.
Keluar penyakit kulit.
Sakit pinggang.
Batuk dan berkahak.
Demam sedikit.
Selsema.
Sakit sendi dan kaki.
Muntah dan loya.

Oleh itu jika anda mengambil monavie dan mempunyai tanda-tanda ianya adalah normal

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Halaman